Set Mengandung Shaklee

Setiap Ibu Mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian produknya.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang saat indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah swt ada menyebut tentang penyusuan badan dialam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set ini adalah rangkaian kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Thursday, 16 April 2015

~ SET KANSER ~

HIDUP SIHAT TANPA KANSER

ADAKAH ANDA TAHU?

Di Malaysia,
  • Kanser adalah yang ketiga penyebab kepada kematian
  • 1 daripada 4 rakyat Malaysia akan mendapat kanser sebelum umur 75 tahun
  • Kurang dari 10% kanak-kanak mendapat kanser!
APAKAH ITU SEL KANSER?

Sel kanser ialah sel yang menua tetapi tidak mati malah berganda tidak seperti sel biasa yang akan mati dan diganti dengan yang baru.

3 KANSER UTAMA YANG MENYERANG RAKYAT MALAYSIA
  1. Kanser Payudara

     2. Kanser Kolon dan Rektal

     3. Kanser Hati


FAKTOR YANG MENYEBABKAN KANSER

     1. Merokok atau terdedah kepada asap rokok


     2. Alkohol
     3. Pendedahan berlebihan kepada sinar matahari
     4. Pendedahan terhadap pencemaran dan toksin


       5. Pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, berat badan berlebihan
       6. Faktor genetik

Adakah anda terkejut dengan info-info di atas? Adakah anda terkesima dengan gambar-gambar berkaitan kanser di atas?

Jangan risau!

WALAUBAGAIMANA PUN 40% DARI KESEMUA JENIS KANSER DI ATAS BOLEH DIELAKKAN!

Bagaimana?

8 PERKARA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN UNTUK MENGURANG KAN RISIKO MENDAPAT KANSER


  1.               Jauhi rokok, asap rokok dan alcohol
  2.       Kekalkan berat badan ideal
  3.      Amalkan cara hidup sihat dengan bersenam
  4.      Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh
  5.      Menggunakan bahan pelindung dan langkah keselamatan di bawah matahari terik
  6.      Kurangkan pendedahan terhadap bahan karsinogen dan pencemaran alam sekitar
  7.      Ketahui sejarah keluarga dan lakukan ujian pemeriksaan 

  •         - Kanser payudara – melakukan pemeriksaan sendiri pada umur 20 tahun ke atas              dan menjalani ujian mammogram setelah berumur 40 tahun ke atas.
  •         - Kanser kolon dan rectal – Sekurang-kurangnya pemeriksaan dilakukan sekali                    setelah berumur 50 tahun.
  •         - Kanser prostat – bermula pada umur 50 tahun perlu menjalani ujian darah untuk                 antigen specific prostat (PSA)

    8. Pilih suplemen yang terbaik!

APAKAH PRODUK SHAKLEE SEBAGAI SUPLEMEN TERBAIK YANG DAPAT MEMBANTU MASALAH INI?
  • Vivix
  • Vitamin A, C dan E
  • Nutriferon
  • Ostematrix
BAGAIMANAKAH PRODUK SHAKLEE DAPAT MEMBANTU MASALAH INI?

VIVIX

Kaya dengan Resveratrol (10x) yang mampu menghalang pembesaran kebanyakkan kanser dalam tubuh manusia seperti kanser payudara, kolon, perut, prostat, pancreas dan tiroid.

VITAMIN ACE
  1. Menguatkan sistem imun badanMengurangkan kerosakan akibat radikal bebas, toksin dan bahan pencemaran
  2. Kajian menunjukkan Karetenoid (dalam Carotomax), Vitamin C dan Vitamin E, boleh mengurangkan insiden kanser seperti;
  • ·        Kanser peparu
  • ·        Kanser kolon
  • ·        Kanser prostat
  • ·        Kanser perut
  • ·        Kanser hati
  • ·        Kanser mulut
  • ·        Kanser Esofagus
  • ·        Kanser kerongkong
  • ·        Kanser pundi kencing
  • ·        Kanser leher
  • ·        Kanser kepala
NUTRIFERON

  1. Menggalakkan peningkatan interferon secara semulajadi dalam badan bagi meningkat system imun badan!
  2. Kajian selam 40 tahun mendapati Nutriferon
  • ·        Selamat
  • ·        Tidak bertoksik
  • ·        Berpaten
  • ·        Dibuktikan secara klinikal
OSTEMATRIX

  • Berupaya menghasilkan paras kalsium darah yang ketara yang disukat dalam tempoh 12 jam
  • Kajian dari Institut National Kanser mendapati kebanyakan wanita menopaus yang mengambil kasium 1300 mg sehari dapat mengurangkan risiko pembentukkan kanser!
Jadi, apakah yang anda fikir dan akan lakukan selepas membaca artikel ini?
Untuk hidup sihat tanpa kanser, di samping mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan yang sihat, pilihlah suplemen yang tepat untuk hasil yang terbaik!





Saturday, 28 February 2015

~ CINCH SHAKE MIX ~


Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.
  • Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Apa Itu Cinch Shake Mix ?

Cinch Shake Mix merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.

Rumusan yang diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.

Setiap kali anda menikmati Cinch Shake Mix, anda akan memperolehi 24 gram protein yang digunakan untuk membina otot dan boleh meningkatkan metabolisma anda serta membakar kalori. 
Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan lapar dan ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan, di samping memberikan khasiat seperti satu hidangan.
Disediakan dalam bentuk 3 perasa yang enak  iaitu VANILLA, CHOCOLATE DAN CAFE LATTE.

Secara kesimpulannya Cinch Shake Mix begitu istimewa untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana,
  • Dengan Cinch Pro, campuran ekslusif protein dipertingkatkan dengan leucine - asid amino
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  • 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
  • Indeks Glisemik - 22 - sesuai untuk pengidap kencing manis
  • Glysemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis
  • Makanan segera untuk mereka yang aktif



Apakah hasil yang anda perolehi setelah mengamalkan Cinch Shake?
  • Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya
  • Mengurangkan selera makan bagi anda yang tidak boleh mengawal nafsu makan
  • Memberi tenaga yang berpanjangan
  • Meningkatan metabolisme badan
  • Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula setelah kurus
  • Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan


Bagaimana, teruja untuk menurunkan berat badan tetapi masih ragu-ragu? Jangan risau, Shaklee SELAMAT, BERKESAN, SEMULAJADI. 
Jangan serahkan diri anda kepada produk yang tidak sahih kandungannya! Boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut...0194554824

Tentu anda tidak mahu tersenarai dalam masalah ini! Anda tentukan...



~ CINCH TEA MIX ~

Tingkatkan Tenaga Anda

(28 pek)
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tradisi minum teh sememangnya popular terutama di negara cina. Adakah anda tahu kenapa? 
Kerana dari segi perubatan, teh berfungsi seperti berikut :
Anti-mikrob
Imunostimulan
Anticarcinogenic
Anti-inflammatory
Perlindungan terhadap penyakit jantung
Anti oksidan – perlindungan dari kanser
Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
Mengawal kerosakan DNA
Menurunkan paras kalori dan kolesterol
Detoxifiers
Stimulator tenaga & kehilangan lemak
Begitu juga dengan teh keluaran Shaklee iaitu Cinch Tea Mix. Pastinya teh berkualiti yang penuh dengan khasiat. Secara umum, kandungan Cinch Tea Mix ialah  teh merah, teh hijau dan teh putih. Secara terperinci ianya  mengandungi :

1. Taurina 
  • Menggalakkan metabolisme
  • Membekalkan lebih tenaga
  • Ia juga berfungsi melarutkan lemak
  • Membantu membina otot tanpa salutan lemak.
2. Matcha Green Tea Powder
  • Teh hijau gred tertinggi dari Jepun
  • Antioksida yg sangat tinggi
  • Energy booster
  • Metabolisme booster
  • Membakar kalori sehinga 4x ganda
3. Rooibos Red Tea Extract
  • Tumbuhan herba dari Afrika
  • Dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • Melarut lemak
  • Meningkatkan kadar metabolisme "Fat burner"
  • Agen detox yg kuat.
4. White Tea Extract
  • Teh yang menjalani pemprosesan paling minimum (untuk mengekalkan keaslian)
  • Membakar lemak - lemak berlebihan
  • Menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu
  • Meningkatkan metabolisme
Apa lagi manfaat lain yang boleh diperolehi dari Cinch Tea Mix?
  • Membantu mengurangkan kolesterol
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
  • Membantu melindungi jantung dan peredaran darah
  • Baik untuk pencernaan
Jadi apa kesimpulan anda mengenai manfaat keseluruhan Cinch Tea Mix? Tentulah ianya amat sesuai untuk mereka yang ingin berdiet dan menurunkan berat badan!
Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut...0194554824

Friday, 27 February 2015

~ PROTEIN ~


APA ITU PROTEIN?

Protein sangat penting untuk pembesaran diri seseorang. Di mana protein dapat membantu untuk meningkatkan metabolisma dalam badan bagi membolehkan lemak-lemak dibakar dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan protein yang cukup boleh membantu anda untuk kenyang supaya anda dapat bertahan semasa tempoh berdiet. Protein juga  adalah salah satu makronutrien yang utama dalam makanan kita. Ia memberikan tenaga kepada badan dan ia diguanakan untuk membina otot-otot dan organ badan.

Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA).

EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet. Perlu diingatkan bahawa EAA adalah sesuatu yang istimewa, atau bahasa mudahnya “high quality“. Benda yang “high quality” tidak akan wujud sewenang-wenangnya dalam makanan yang “low quality“. Hanya sumber-sumber protein tertentu sahaja yang mengandungi kesemua (hampir semua) komposisi EAA di dalamnya. Antara yang paling mudah didapati di sekeliling kita adalah:
1. Telur
2. Susu
3. Produk berasaskan kacang soya (tempeh, tauhu/tofu)
4. Whey Protein

Kebanyakan daripada asid amino ini penting, ia bermakna badan tidak boleh menghasilkannya, oleh itu ia harus diambil melalui makanan berprotein. Apabila protein mengandungi semua asid amino yang penting, ia dianggap protein lengkap. Protein soya dan semua sumber binatang di anggap lengkap.

Jika satu atau lebih daripada satu asid amino ini tiada, protein itu tidak lengkap. kecuali protein soya, sumber protein dari sayur dianggap tidak lengkap. Bagaimanapun, dua protein tumbuhan yang tidak lengkap beras dan kacang, boleh saling melengkapi, jika dimakan bersama-sama.

Kebanyakan protein dari diet kita berpunca dari produk berasaskan binatang (daging, ikan, ayam, telur dan susu), juga produk berasaskan tumbuhan (kacang dan kacang pi). Serbuk protein yang diperbuat daripada kacang soya, wei atau putih telur, boleh juga dicampurkan kepada makanan lain untuk meningkatkan kandungan proteinnya. 

Badan kita memerlukan protein untuk membina dan memperbaiki tisu otot (terutamanya selepas bersenam), penghasilan enzim dan hormon penting, menyokong sistem imun kita dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Keperluan protein harian bergantung kepada umur, saiz, tahap kercergasan dan gaya hidup. secara umumnya, lelaki yang besar (200lb), aktif secara fizikal, seharusnya mengambil antara 100g hingga 200g setiap hari, sementara wanita (200lb), aktif secara fizikal, seharusnya mengambil antara 50g hingga 100g setiap hari. 

Fakta Penting Protein
  • Ditemui dalam kedua-dua produk berasaskan binatang dan tumbuhan
  • Menawarkan punca yang sihat termasuk kacang soya, kacang dan bijirin lengkap


Manfaat Penting Protein
  • Membantu membina dan memperbaiki tisu badan
  • Menyediakan tenaga dan stamina
  • Memuaskan rasa lapar dan menyebabkan rasa kenyang
  • Menyokong jisim otot tanpa lemak

 Secara umum protein diperlukan tubuh kita untuk membangun otot atau pertumbuhan tubuh kita. Otot, kuku, dan rambut juga terbuat dari protein. Protein juga diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh, meningkatkan memori, dan juga sebagai sumber energi. Jadi apa akibat jika tubuh kekurangan protein?.
Tubuh memerlukan protein dalam jumlah yang seimbang untuk tetap sihat. Kelebihan atau kekurangan protein juga dapat menyebabkan berbagai masalah kesihatan. 

Berapa banyak protein yang kita perlukan?
Orang dewasa memerlukan 0.75/ 0.80g protein per kilo berat badan. Jadi rata-rata orang dewasa yang sihat memerlukan 50g protein sekiranya mempunyai berat badan 70kg.

Simptom kekurangan protein yang boleh dikesan antaranya ialah:

1. Kelemahan otot
Otot dalam tubuh terdiri dari dua jenis protein yang disebut aktin dan miosin yang bekerja bersama sehingga memungkinkan terjadinya gerakan. Otot yang kekurangan protein akan cepat merasa ngilu, kram dan lemah.
2. Penurunan berat badan
Penurunan berat badan mungkin menjadi khabar baik bagi orang yang sedang melakukan diet ketat. Tetapi harus waspada kerana penurunan berat badan mungkin bererti kekurangan protein terutama bila berat badan berubah secara mendadak!
3. Luka lambat sembuh
Kolagen merupakan protein pada kulit yang membuatkan tegang dan kuat. Orang yang kekurangan protein sering menunjukkan penyembuhan luka yang lambat kerana kekurangan kolagen. Selain itu, kulit juga menjadi lebih sensitive terhadap sinar matahari dan mudah mendapat ruam serta kekeringan dan mengelupas.
4. Kuku dan rambut bermasalah
Rambut dan kuku terdiri dari protein yang disebut keratin. Kuku yang kekurangan protein biasanya rapuh dan timbul satu lapisan. Begitu juga rambut yang berhenti tumbuh, bercabang dan rontok (amat kering) menunjukkan kekurangan protein.

5. Keletihan
Keletihan sering di anggap berpunca dari bekerja terlalu keras ataupun kurang tidur. Namun, kekurangan tenaga yang menyebabkan keletihan merupakan salah satu cara tubuh memberitahu bahawa anda kekurangan protein!
Oleh itu kekurangan protein boleh menyebabkan:
  • Pertahanan tubuh yang lemah
  • Busung
  • Kegagalan hati



Walaubagaimana pun, protein tidak boleh berlebihan di dalam badan anda di mana ia boleh menyebabkan 
  • masalah ginjal
  • penyakit rematik, dan
  • pengasidan darah.
Selain dari pemakanan yang seimbang, anda juga boleh mendapatkan protein dari makanan tambahan seperti ESP (SILA KLIK) dan MEALSHAKES (SILA KLIK)...pastinya anda akan berpuashati dengan hasil yang diperolehi!

Boleh hubungi saya...0194554824

Tuesday, 17 February 2015

~ KEK KUKUS SIMPLE ~


Ok, lagi satu resipi simple hari ni, untuk ibu berkerjaya. Teringin nak makan kek tapi sentiasa terbantut untuk buat kek disebabkan bahan-bahan yang digunakan tidak ada stok di rumah.
Jangan risau, bahan-bahan untuk resipi hari ni, sentiasa ada di rumah kecuali Ovalette. Tak susah pun, beli sekali, boleh buat berkali-kali.
Camni la rupa Ovalette...

Kita tengok bahan-bahannya...saya ikut turutan ye...
  1. 5 biji telur
  2. 1/2 cawan gula
  3. 1 sudu teh esen vanila
  4. 1 sudu teh ovalette
  5. 1 cawan susu pekat
  6. 1 cawan minyak masak
  7. 2 cawan tepung gandum
  8. 1 sudu teh baking powder
Cara-caranya...
  1. Campur telur, gula, esen vanila dan ovalette. Blender sampai kembang memutih. Kemudian masukkan susu pekat, blender sekejap supaya sebati. Kemudian masukkan pula minyak masak dan blender lagi sampai sebati.
  2. Dalam bekas lain, masukkan baking powder ke dalam tepung gandum dan kacau sebati. Campuran yang telah di blend dicurahkan ke dalam campuran tepung gandum dan kacau kaupbalik menggunakan senduk sahaja.
  3. Untuk warna terpulang kepada kegemaran masing-masing samada di bahagi dua, tiga... dan dimasukkan pewarna. Saya titikkan pewarna dan lorekkan sahaja.
  4. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu marjerin dan siap untuk dikukus lebih kurang 50 minit.
  5. Hasilnya? Memang memuaskan untuk bahan-bahan yang simple dan masa yang terhad. Sekejap saja dah boleh kukus!
  6. Inilah hasilnya...

Nampak tak tekstur kek ni untuk bahan yang simple. Sedap dan lembut...pasti yang ramai gemarkannya disebabkan rasanya yang enak dan kurang manis!


Nota lutut: 
Kalau ada tepung naik sendiri, tak perlu guna tepung gandum dan baking powder. Lagi mudah kerja!

Nota kaki:
Sebelum mula blend, elok letak periuk kukus di atas api...sebab proses membuat kek ini sekejap sahaja.



Monday, 16 February 2015

~ ROTI JOHN ~

Ok, hari ni nak tunjuk satu lagi resipi mudah. Resepi untuk ibu bekerja. Pagi-pagi boleh masak dalam masa 15 minit, malam pun kalau lapar boleh terus masak...15 minit...siap!

Jom kita tengok dulu bahan-bahannya...

  1. Sebungkus daging kisar
  2. Sepeket serbuk kari daging
  3. Seulas bawang besar
  4. 2 ulas bawang putih
  5. Sedikit garam
  6. Roti John/ Roti Burger/ Roti Gardenia
  7. 4 biji telur


Ok, kita mulakan dengan intinya dulu. Biasanya inti ni saya akan buat malam. Sebab apa, pagi-pagi esok anak nak pergi sekolah boleh terus sarapan dengan Roti John.

Daging kisar dibasuh dahulu supaya bersih dan tidak berketul-ketul.
Rupa daging kisar yang telah dibasuh. Kemudian toskan.
Tak susahpun untuk masak inti ni. Kalau biasa buat gulai kari, sama je stepnya cuma tak campur dengan santan. Cara-caranya...

  1. Tumis bawang besar yang telah dipotong dadu. Kemudian masukkan bawang puting yang dicincang halus.
  2. Bila naik bau, masukkan serbuk kari yang telah dicampur air. Masak lagi sampai pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging yang telah ditos tadi. Kacau sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa. Kemudian tutup api.
  4. Siap dah inti ni, bila sejuk boleh masukkan dalam peti ais. Kenapa masukkan dalam peti ais? Sebab inti ni boleh diguna berulangkali dan tahan lama.


Cam biasa, bangun pagi esok memang mudah kerja memasak saya untuk sarapan anak ke sekolah. Buka peti ais, ambil inti tadi untuk mula memasak. Ambil kuali letak atas api sederhana. Sebelum tu, 2 bahan lagi mesti ada...roti dan telur.
Ok...kenapa perlu masa 15 minit je...sebab memang mudah sangat dan cepat masak roti john ni...
Cara-caranya...

  1. Pecahkan 4 biji telur. Pukul sikit je.. Ambil 4 sudu makan inti yang telah dimasak tadi dan campurkan ke dalam bancuhan telur. Sekiranya suka daging banyak, masukkan lebih inti. Tidak perlu masukkan garam kerana inti yang dimasak telah cukup masin. Nampak tak campuran telur dan inti daging...

2. Ambil roti dan belah dua...tak kiralah Roti John ke, Roti Burger ke...kemudian sapu bancuhan telur atas roti dan terus tekap ke kuali panas yang disapu sedikit marjerin. Kalo api kuat, sekejap je masak tapi kena kerap tengok takut hangit, kalau api perlahan pun tak ada masalah cuma lambat masak sikit. Tak perlu masak lama sebab daging dah pun masak...Ok, siap!
3. Boleh letak sos dan mayonis atau apa saja sos yang digemari ataupun sayur-sayur yang digemari ...emmm...sedap!!! Lembut...
4. Yang ni saya guna Roti Burger. Rasa yang sama...sedap dan lembut. Makan pagi boleh, makan tengahari boleh, makan malam pun boleh...sebab intinya dah ada di dalam peti ais, cuma perlu campur telur dan terus masak. Mudahkan?

Nampak? Tu...ketulan daging yang sememangnya sedap bersama-sama campuran telur dengan roti yang lembut. Sedap!
Abaikan hiasan roti yang tidak cantik, tapi rasanya...fuh, berkali-kali ganda sedap dari Roti John di pasar malam dan seumpamanya...

Sunday, 15 February 2015

~ CHEESEKUT ~



Ha...nampak sedap tak? Sedapkan...tak susah pun. Cam biasa, entry saya akan mengetengahkan resepi-resipi simple, khas untuk orang bekerja. Tak perlu bahan-bahan yang banyak dan tak perlu mengambil masa untuk siapkan cheesekut ni!

Ok, kita tengok dulu bahan-bahannya...

  1. 1 paket biskut empat segi - saya guna biskut cap pingpong masi-masin, rangup-rangup gituw...
  2. 250 g cream cheese - saya guna jenama tartura, kira yang ni pun dah sedap dah...
  3. 1/2 tin susu pekat manis
  4. 1 kotak susu segar/ susu biasa/ 1 tin susu cair
  5. sedikit milo/ serbuk coklat
Simple kan...5 barang je...ok...cara-caranya amat mudah,
  1. Campurkan cream cheese tadi dengan susu pekat. Pukul dengan mixer sampai kembang. Lepas tu masukkan dalam 6 sudu besar susu tadi. Kalau nampak pekat boleh tambah lagi 1 atau 2 sudu. Pukul lagi sampai sebati. Ok, siap untuk krimnya...
  2. Loyang paling elok ialah loyang empat segi, bersesuaian dengan biskut yang kita gunakan. Celup biskut dalam lebihan susu (bukan rendam ye) dan terus susun dalam loyang.
  3. Kemudian, ambil krim yang dah diputar tadi sapu di atas biskut-biskut yang dah disusun. Ikut suka nak letak tebal atau nipis. Seeloknya letak nipis sebab bahagian paling atas baru kita letak krim yang tebal sedikit. Tabur dengan milo...kalau nak special lagi tabur pulak dengan nestum.

Ulang langkah-langkah di atas sampai habis biskut dan krim.


Bila dah habis masukkan dalam peti sejuk semalaman. Masukkan bahagian beku lagi sedap!


Lepas tu boleh dipotong...nampak? Sedapkan...tak susahpun dalam 20 minit siap satu dulang. Nak makan pagi buat malam, nak makan petang buat pagi...kan mudah...

Memang sedaplah...sekejap je satu dulang boleh habis di ngap.

Nota lutut: Kalau krim putar terlebih cair jangan risau...biskut tu tak perlu celup dah dalam susu...terus susun dan layerkan dengan krim yang terlebih cair tadi dan masukkan dalam peti ais bahagian beku...sedap!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel