Monday, 16 February 2015

~ ROTI JOHN ~

Ok, hari ni nak tunjuk satu lagi resipi mudah. Resepi untuk ibu bekerja. Pagi-pagi boleh masak dalam masa 15 minit, malam pun kalau lapar boleh terus masak...15 minit...siap!

Jom kita tengok dulu bahan-bahannya...

  1. Sebungkus daging kisar
  2. Sepeket serbuk kari daging
  3. Seulas bawang besar
  4. 2 ulas bawang putih
  5. Sedikit garam
  6. Roti John/ Roti Burger/ Roti Gardenia
  7. 4 biji telur


Ok, kita mulakan dengan intinya dulu. Biasanya inti ni saya akan buat malam. Sebab apa, pagi-pagi esok anak nak pergi sekolah boleh terus sarapan dengan Roti John.

Daging kisar dibasuh dahulu supaya bersih dan tidak berketul-ketul.
Rupa daging kisar yang telah dibasuh. Kemudian toskan.
Tak susahpun untuk masak inti ni. Kalau biasa buat gulai kari, sama je stepnya cuma tak campur dengan santan. Cara-caranya...

  1. Tumis bawang besar yang telah dipotong dadu. Kemudian masukkan bawang puting yang dicincang halus.
  2. Bila naik bau, masukkan serbuk kari yang telah dicampur air. Masak lagi sampai pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging yang telah ditos tadi. Kacau sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa. Kemudian tutup api.
  4. Siap dah inti ni, bila sejuk boleh masukkan dalam peti ais. Kenapa masukkan dalam peti ais? Sebab inti ni boleh diguna berulangkali dan tahan lama.


Cam biasa, bangun pagi esok memang mudah kerja memasak saya untuk sarapan anak ke sekolah. Buka peti ais, ambil inti tadi untuk mula memasak. Ambil kuali letak atas api sederhana. Sebelum tu, 2 bahan lagi mesti ada...roti dan telur.
Ok...kenapa perlu masa 15 minit je...sebab memang mudah sangat dan cepat masak roti john ni...
Cara-caranya...

  1. Pecahkan 4 biji telur. Pukul sikit je.. Ambil 4 sudu makan inti yang telah dimasak tadi dan campurkan ke dalam bancuhan telur. Sekiranya suka daging banyak, masukkan lebih inti. Tidak perlu masukkan garam kerana inti yang dimasak telah cukup masin. Nampak tak campuran telur dan inti daging...

2. Ambil roti dan belah dua...tak kiralah Roti John ke, Roti Burger ke...kemudian sapu bancuhan telur atas roti dan terus tekap ke kuali panas yang disapu sedikit marjerin. Kalo api kuat, sekejap je masak tapi kena kerap tengok takut hangit, kalau api perlahan pun tak ada masalah cuma lambat masak sikit. Tak perlu masak lama sebab daging dah pun masak...Ok, siap!
3. Boleh letak sos dan mayonis atau apa saja sos yang digemari ataupun sayur-sayur yang digemari ...emmm...sedap!!! Lembut...
4. Yang ni saya guna Roti Burger. Rasa yang sama...sedap dan lembut. Makan pagi boleh, makan tengahari boleh, makan malam pun boleh...sebab intinya dah ada di dalam peti ais, cuma perlu campur telur dan terus masak. Mudahkan?

Nampak? Tu...ketulan daging yang sememangnya sedap bersama-sama campuran telur dengan roti yang lembut. Sedap!
Abaikan hiasan roti yang tidak cantik, tapi rasanya...fuh, berkali-kali ganda sedap dari Roti John di pasar malam dan seumpamanya...

1 comment:

  1. Nasik goreng simple ada resepi?? Hehe
    Nasik goreng....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel