Ok, lagi satu resipi simple hari ni, untuk ibu berkerjaya. Teringin nak makan kek tapi sentiasa terbantut untuk buat kek disebabkan bahan-bahan yang digunakan tidak ada stok di rumah.
Jangan risau, bahan-bahan untuk resipi hari ni, sentiasa ada di rumah kecuali Ovalette. Tak susah pun, beli sekali, boleh buat berkali-kali.
Camni la rupa Ovalette...
Kita tengok bahan-bahannya...saya ikut turutan ye...
- 5 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh ovalette
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
Cara-caranya...
- Campur telur, gula, esen vanila dan ovalette. Blender sampai kembang memutih. Kemudian masukkan susu pekat, blender sekejap supaya sebati. Kemudian masukkan pula minyak masak dan blender lagi sampai sebati.
- Dalam bekas lain, masukkan baking powder ke dalam tepung gandum dan kacau sebati. Campuran yang telah di blend dicurahkan ke dalam campuran tepung gandum dan kacau kaupbalik menggunakan senduk sahaja.
- Untuk warna terpulang kepada kegemaran masing-masing samada di bahagi dua, tiga... dan dimasukkan pewarna. Saya titikkan pewarna dan lorekkan sahaja.
- Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu marjerin dan siap untuk dikukus lebih kurang 50 minit.
- Hasilnya? Memang memuaskan untuk bahan-bahan yang simple dan masa yang terhad. Sekejap saja dah boleh kukus!
- Inilah hasilnya...
Nampak tak tekstur kek ni untuk bahan yang simple. Sedap dan lembut...pasti yang ramai gemarkannya disebabkan rasanya yang enak dan kurang manis!
Nota lutut:
Kalau ada tepung naik sendiri, tak perlu guna tepung gandum dan baking powder. Lagi mudah kerja!
Nota kaki:
Sebelum mula blend, elok letak periuk kukus di atas api...sebab proses membuat kek ini sekejap sahaja.
Kalau ada tepung naik sendiri, tak perlu guna tepung gandum dan baking powder. Lagi mudah kerja!
Nota kaki:
Sebelum mula blend, elok letak periuk kukus di atas api...sebab proses membuat kek ini sekejap sahaja.
No comments:
Post a Comment