APA ITU PROTEIN?
Protein
sangat penting untuk pembesaran diri seseorang. Di mana protein dapat membantu
untuk meningkatkan metabolisma dalam badan bagi membolehkan lemak-lemak dibakar
dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan protein yang cukup boleh membantu anda
untuk kenyang supaya anda dapat bertahan semasa tempoh berdiet. Protein juga
adalah salah satu makronutrien yang utama dalam makanan kita. Ia memberikan
tenaga kepada badan dan ia diguanakan untuk membina otot-otot dan organ
badan.
Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali
sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada
komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang
mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan
oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok
asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA).
EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia
harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet. Perlu diingatkan bahawa EAA adalah
sesuatu yang istimewa, atau bahasa mudahnya “high
quality“. Benda yang “high
quality” tidak akan wujud sewenang-wenangnya dalam makanan yang “low quality“. Hanya
sumber-sumber protein tertentu sahaja yang mengandungi kesemua (hampir semua)
komposisi EAA di dalamnya. Antara yang paling mudah didapati di sekeliling kita
adalah:
1. Telur
2. Susu
3. Produk berasaskan kacang soya (tempeh, tauhu/tofu)
4. Whey Protein
2. Susu
3. Produk berasaskan kacang soya (tempeh, tauhu/tofu)
4. Whey Protein
Kebanyakan daripada asid amino ini penting,
ia bermakna badan tidak boleh menghasilkannya, oleh itu ia harus diambil
melalui makanan berprotein. Apabila protein mengandungi
semua asid amino yang penting, ia dianggap protein lengkap. Protein
soya dan semua sumber binatang di anggap lengkap.
Jika
satu atau lebih daripada satu asid amino ini tiada, protein itu tidak lengkap.
kecuali protein soya, sumber protein dari sayur dianggap tidak lengkap.
Bagaimanapun, dua protein tumbuhan yang tidak lengkap beras dan kacang, boleh
saling melengkapi, jika dimakan bersama-sama.
Kebanyakan protein dari
diet kita berpunca dari produk berasaskan binatang (daging, ikan, ayam, telur
dan susu), juga produk berasaskan tumbuhan (kacang dan kacang pi). Serbuk
protein yang diperbuat daripada kacang soya, wei atau putih telur, boleh juga
dicampurkan kepada makanan lain untuk meningkatkan kandungan proteinnya.
Badan
kita memerlukan protein untuk membina dan memperbaiki tisu otot (terutamanya
selepas bersenam), penghasilan enzim dan hormon penting, menyokong sistem imun
kita dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.
Keperluan
protein harian bergantung kepada umur, saiz, tahap kercergasan dan gaya hidup.
secara umumnya, lelaki yang besar (200lb), aktif secara fizikal, seharusnya
mengambil antara 100g hingga 200g setiap hari, sementara wanita (200lb), aktif
secara fizikal, seharusnya mengambil antara 50g hingga 100g setiap hari.
Fakta
Penting Protein
- Ditemui dalam kedua-dua produk berasaskan binatang dan tumbuhan
- Menawarkan punca yang sihat termasuk kacang soya, kacang dan bijirin lengkap
Manfaat
Penting Protein
- Membantu membina dan memperbaiki tisu badan
- Menyediakan tenaga dan stamina
- Memuaskan rasa lapar dan menyebabkan rasa kenyang
- Menyokong jisim otot tanpa lemak
Secara
umum protein diperlukan tubuh kita untuk membangun otot atau pertumbuhan tubuh
kita. Otot, kuku, dan rambut juga terbuat dari protein. Protein juga diperlukan
oleh tubuh untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh, meningkatkan memori,
dan juga sebagai sumber energi. Jadi apa akibat jika tubuh kekurangan
protein?.
Tubuh
memerlukan protein dalam jumlah yang seimbang untuk tetap sihat. Kelebihan atau
kekurangan protein juga dapat menyebabkan berbagai masalah kesihatan.
Berapa
banyak protein yang kita perlukan?
Orang dewasa memerlukan 0.75/ 0.80g protein
per kilo berat badan. Jadi rata-rata orang dewasa yang sihat memerlukan 50g
protein sekiranya mempunyai berat badan 70kg.
Simptom kekurangan protein yang boleh dikesan antaranya ialah:
1. Kelemahan otot
Otot dalam tubuh terdiri
dari dua jenis protein yang disebut aktin dan miosin yang bekerja bersama
sehingga memungkinkan terjadinya gerakan. Otot yang kekurangan protein akan
cepat merasa ngilu, kram dan lemah.
2. Penurunan berat badan
Penurunan berat badan
mungkin menjadi khabar baik bagi orang yang sedang melakukan diet ketat. Tetapi
harus waspada kerana penurunan berat badan mungkin bererti kekurangan protein
terutama bila berat badan berubah secara mendadak!
3. Luka lambat sembuh
Kolagen merupakan protein pada kulit yang
membuatkan tegang dan kuat. Orang yang kekurangan protein sering menunjukkan
penyembuhan luka yang lambat kerana kekurangan kolagen. Selain itu, kulit juga
menjadi lebih sensitive terhadap sinar matahari dan mudah mendapat ruam serta
kekeringan dan mengelupas.
4. Kuku dan rambut bermasalah
Rambut dan kuku terdiri dari protein yang
disebut keratin. Kuku yang kekurangan protein biasanya rapuh dan timbul satu
lapisan. Begitu juga rambut yang berhenti tumbuh, bercabang dan rontok (amat
kering) menunjukkan kekurangan protein.
5. Keletihan
Keletihan sering di anggap berpunca dari bekerja terlalu keras ataupun
kurang tidur. Namun, kekurangan tenaga yang menyebabkan keletihan merupakan
salah satu cara tubuh memberitahu bahawa anda kekurangan protein!
Oleh itu kekurangan protein boleh
menyebabkan:
- Pertahanan tubuh yang lemah
- Busung
- Kegagalan hati
Walaubagaimana pun, protein tidak boleh berlebihan di dalam badan anda
di mana ia boleh menyebabkan
- masalah ginjal
- penyakit rematik, dan
- pengasidan darah.
Selain dari pemakanan yang seimbang, anda juga boleh mendapatkan protein dari makanan tambahan seperti ESP (SILA KLIK) dan MEALSHAKES (SILA KLIK)...pastinya anda akan berpuashati dengan hasil yang diperolehi!
Boleh hubungi saya...0194554824
No comments:
Post a Comment