(180 kapsul)
Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.
Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
APAKAH FUNGSI LECITHIN?
Lecithin adalah
pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam
darah seterusnya mengapung dan
mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.
APAKAH KANDUNGAN LECITHIN?
Lecithin
Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di
mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg
kolina dan 48mg inositol.
Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol,
fosforus dan lemak tak tepu.
APAKAH FUNGSI KOLINA?
Kolina
penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan
otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang
terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya
selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga
boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.
KHASIAT DAN KELEBIHAN LECITHIN YANG PERLU ANDA TAHU!
- Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Oleh itu, ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease dan arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan Lecithin sehingga 6000 – 7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.
- Lecithin bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan. Lecithin juga mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
- Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia di persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, pesticides dan lain-lain boleh menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat ke dalam membrane sel.
- Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
- Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf akan menjadi kurang efisien. Oleh kerana itu, mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
- Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
- Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.
- Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
- Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yang mempunyai asma, bronkitis dan emphysema.
- Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang & sistem penghadaman.
- Lecithin adalah zat untuk kecantikan di mana ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dapat mencegah eczema.
- Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Oleh kerana itu, ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.
Disamping Lecithin yang mengandungi pelbagai khasiat dan kelebihan anda juga boleh mencuba khasiat-khasiat di dalam produk Shaklee yang lain!
No comments:
Post a Comment