Memperkenalkan Air Get Clean®
Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!
- Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat! Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
- Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
- Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka!
- Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula.
- Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik).
- Ringan dan mudah dibawa.
- Menjimatkan kos.
- Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dan sihat dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda perlu menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
Dengan Water Pitcher atau lebih dikenali sebagai Portable Water Filter, anda akan merasai kualiti air yang lebih hebat dari jenama terkemuka yang lain. Pilihan yang bijak ini secara tidak langsung mengekalkan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat. Dengan Water Pitcher Shaklee juga anda telah memilih sesuatu yang Selamat, Pintar, Berkuasa Tinggi dan Mesra Alam!
Pelbagai produk penjagaan rumah yang lain, yang pasti memberikan hasil yang memuaskan boleh dicuba oleh anda.
Pelbagai produk penjagaan rumah yang lain, yang pasti memberikan hasil yang memuaskan boleh dicuba oleh anda.
No comments:
Post a Comment