Tuesday, 9 December 2014

~ OSTEMATRIX ~

Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.

Bukan Sekadar Kalsium

OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Tulang dan kalsium tidak dapat dipisahkan. Bagi mendapatkan kesihatan tulang yang baik atau mengurangkan sakit belakang, kita memerlukan kalsium.

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese. 

Kalsium berperanan seperti satu blok bangunan (seperti batu bata) kepada tulang untuk membentuk struktur tulang yang kuat.  

Selain kalsium, tulang memerlukan magnesium yang berperanan mengekalkan otot dan fungsi saraf. Pengambilan magnesium yang mencukupi boleh mengelakkan kekejangan otot dan mengurangkan sakit belakang. 

Badan juga memerlukan vitamin D untuk membina sel-sel tulang yang baru. Ia juga merupakan komponen penting dalam penyerapan kalsium untuk tulang yang sihat. Kekurangan vitamin D dalam badan boleh melembutkan permukaan tulang, yang biasanya menyebabkan sakit belakang.


Cukupkah kalsium di dalam badan anda?


Sekiranya anda seorang yang tidak gemar minum susu, Ostematrix adalah pengganti yang paling ideal! 


Testimoni pengguna


Bagi sesiapa yang kerap mengalami sakit sendi ataupun sakit tulang belakang serta mengalami kekejangan disyor untuk mencuba Ostematrix yang mengandungi segala nutrisi yang diperlukan untuk tulang anda. Pesakit juga boleh mengambil Ostematrix bersama-sama Advanced Joint Health Tablet (AJHT) untuk hasil yang lebih memuaskan!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel