Saturday, 28 February 2015

~ CINCH SHAKE MIX ~


Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.
  • Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Apa Itu Cinch Shake Mix ?

Cinch Shake Mix merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.

Rumusan yang diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.

Setiap kali anda menikmati Cinch Shake Mix, anda akan memperolehi 24 gram protein yang digunakan untuk membina otot dan boleh meningkatkan metabolisma anda serta membakar kalori. 
Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan lapar dan ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan, di samping memberikan khasiat seperti satu hidangan.
Disediakan dalam bentuk 3 perasa yang enak  iaitu VANILLA, CHOCOLATE DAN CAFE LATTE.

Secara kesimpulannya Cinch Shake Mix begitu istimewa untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana,
  • Dengan Cinch Pro, campuran ekslusif protein dipertingkatkan dengan leucine - asid amino
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  • 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
  • Indeks Glisemik - 22 - sesuai untuk pengidap kencing manis
  • Glysemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis
  • Makanan segera untuk mereka yang aktif



Apakah hasil yang anda perolehi setelah mengamalkan Cinch Shake?
  • Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya
  • Mengurangkan selera makan bagi anda yang tidak boleh mengawal nafsu makan
  • Memberi tenaga yang berpanjangan
  • Meningkatan metabolisme badan
  • Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula setelah kurus
  • Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan


Bagaimana, teruja untuk menurunkan berat badan tetapi masih ragu-ragu? Jangan risau, Shaklee SELAMAT, BERKESAN, SEMULAJADI. 
Jangan serahkan diri anda kepada produk yang tidak sahih kandungannya! Boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut...0194554824

Tentu anda tidak mahu tersenarai dalam masalah ini! Anda tentukan...



~ CINCH TEA MIX ~

Tingkatkan Tenaga Anda

(28 pek)
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tradisi minum teh sememangnya popular terutama di negara cina. Adakah anda tahu kenapa? 
Kerana dari segi perubatan, teh berfungsi seperti berikut :
Anti-mikrob
Imunostimulan
Anticarcinogenic
Anti-inflammatory
Perlindungan terhadap penyakit jantung
Anti oksidan – perlindungan dari kanser
Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
Mengawal kerosakan DNA
Menurunkan paras kalori dan kolesterol
Detoxifiers
Stimulator tenaga & kehilangan lemak
Begitu juga dengan teh keluaran Shaklee iaitu Cinch Tea Mix. Pastinya teh berkualiti yang penuh dengan khasiat. Secara umum, kandungan Cinch Tea Mix ialah  teh merah, teh hijau dan teh putih. Secara terperinci ianya  mengandungi :

1. Taurina 
  • Menggalakkan metabolisme
  • Membekalkan lebih tenaga
  • Ia juga berfungsi melarutkan lemak
  • Membantu membina otot tanpa salutan lemak.
2. Matcha Green Tea Powder
  • Teh hijau gred tertinggi dari Jepun
  • Antioksida yg sangat tinggi
  • Energy booster
  • Metabolisme booster
  • Membakar kalori sehinga 4x ganda
3. Rooibos Red Tea Extract
  • Tumbuhan herba dari Afrika
  • Dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • Melarut lemak
  • Meningkatkan kadar metabolisme "Fat burner"
  • Agen detox yg kuat.
4. White Tea Extract
  • Teh yang menjalani pemprosesan paling minimum (untuk mengekalkan keaslian)
  • Membakar lemak - lemak berlebihan
  • Menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu
  • Meningkatkan metabolisme
Apa lagi manfaat lain yang boleh diperolehi dari Cinch Tea Mix?
  • Membantu mengurangkan kolesterol
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
  • Membantu melindungi jantung dan peredaran darah
  • Baik untuk pencernaan
Jadi apa kesimpulan anda mengenai manfaat keseluruhan Cinch Tea Mix? Tentulah ianya amat sesuai untuk mereka yang ingin berdiet dan menurunkan berat badan!
Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut...0194554824

Friday, 27 February 2015

~ PROTEIN ~


APA ITU PROTEIN?

Protein sangat penting untuk pembesaran diri seseorang. Di mana protein dapat membantu untuk meningkatkan metabolisma dalam badan bagi membolehkan lemak-lemak dibakar dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan protein yang cukup boleh membantu anda untuk kenyang supaya anda dapat bertahan semasa tempoh berdiet. Protein juga  adalah salah satu makronutrien yang utama dalam makanan kita. Ia memberikan tenaga kepada badan dan ia diguanakan untuk membina otot-otot dan organ badan.

Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA).

EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet. Perlu diingatkan bahawa EAA adalah sesuatu yang istimewa, atau bahasa mudahnya “high quality“. Benda yang “high quality” tidak akan wujud sewenang-wenangnya dalam makanan yang “low quality“. Hanya sumber-sumber protein tertentu sahaja yang mengandungi kesemua (hampir semua) komposisi EAA di dalamnya. Antara yang paling mudah didapati di sekeliling kita adalah:
1. Telur
2. Susu
3. Produk berasaskan kacang soya (tempeh, tauhu/tofu)
4. Whey Protein

Kebanyakan daripada asid amino ini penting, ia bermakna badan tidak boleh menghasilkannya, oleh itu ia harus diambil melalui makanan berprotein. Apabila protein mengandungi semua asid amino yang penting, ia dianggap protein lengkap. Protein soya dan semua sumber binatang di anggap lengkap.

Jika satu atau lebih daripada satu asid amino ini tiada, protein itu tidak lengkap. kecuali protein soya, sumber protein dari sayur dianggap tidak lengkap. Bagaimanapun, dua protein tumbuhan yang tidak lengkap beras dan kacang, boleh saling melengkapi, jika dimakan bersama-sama.

Kebanyakan protein dari diet kita berpunca dari produk berasaskan binatang (daging, ikan, ayam, telur dan susu), juga produk berasaskan tumbuhan (kacang dan kacang pi). Serbuk protein yang diperbuat daripada kacang soya, wei atau putih telur, boleh juga dicampurkan kepada makanan lain untuk meningkatkan kandungan proteinnya. 

Badan kita memerlukan protein untuk membina dan memperbaiki tisu otot (terutamanya selepas bersenam), penghasilan enzim dan hormon penting, menyokong sistem imun kita dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Keperluan protein harian bergantung kepada umur, saiz, tahap kercergasan dan gaya hidup. secara umumnya, lelaki yang besar (200lb), aktif secara fizikal, seharusnya mengambil antara 100g hingga 200g setiap hari, sementara wanita (200lb), aktif secara fizikal, seharusnya mengambil antara 50g hingga 100g setiap hari. 

Fakta Penting Protein
  • Ditemui dalam kedua-dua produk berasaskan binatang dan tumbuhan
  • Menawarkan punca yang sihat termasuk kacang soya, kacang dan bijirin lengkap


Manfaat Penting Protein
  • Membantu membina dan memperbaiki tisu badan
  • Menyediakan tenaga dan stamina
  • Memuaskan rasa lapar dan menyebabkan rasa kenyang
  • Menyokong jisim otot tanpa lemak

 Secara umum protein diperlukan tubuh kita untuk membangun otot atau pertumbuhan tubuh kita. Otot, kuku, dan rambut juga terbuat dari protein. Protein juga diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh, meningkatkan memori, dan juga sebagai sumber energi. Jadi apa akibat jika tubuh kekurangan protein?.
Tubuh memerlukan protein dalam jumlah yang seimbang untuk tetap sihat. Kelebihan atau kekurangan protein juga dapat menyebabkan berbagai masalah kesihatan. 

Berapa banyak protein yang kita perlukan?
Orang dewasa memerlukan 0.75/ 0.80g protein per kilo berat badan. Jadi rata-rata orang dewasa yang sihat memerlukan 50g protein sekiranya mempunyai berat badan 70kg.

Simptom kekurangan protein yang boleh dikesan antaranya ialah:

1. Kelemahan otot
Otot dalam tubuh terdiri dari dua jenis protein yang disebut aktin dan miosin yang bekerja bersama sehingga memungkinkan terjadinya gerakan. Otot yang kekurangan protein akan cepat merasa ngilu, kram dan lemah.
2. Penurunan berat badan
Penurunan berat badan mungkin menjadi khabar baik bagi orang yang sedang melakukan diet ketat. Tetapi harus waspada kerana penurunan berat badan mungkin bererti kekurangan protein terutama bila berat badan berubah secara mendadak!
3. Luka lambat sembuh
Kolagen merupakan protein pada kulit yang membuatkan tegang dan kuat. Orang yang kekurangan protein sering menunjukkan penyembuhan luka yang lambat kerana kekurangan kolagen. Selain itu, kulit juga menjadi lebih sensitive terhadap sinar matahari dan mudah mendapat ruam serta kekeringan dan mengelupas.
4. Kuku dan rambut bermasalah
Rambut dan kuku terdiri dari protein yang disebut keratin. Kuku yang kekurangan protein biasanya rapuh dan timbul satu lapisan. Begitu juga rambut yang berhenti tumbuh, bercabang dan rontok (amat kering) menunjukkan kekurangan protein.

5. Keletihan
Keletihan sering di anggap berpunca dari bekerja terlalu keras ataupun kurang tidur. Namun, kekurangan tenaga yang menyebabkan keletihan merupakan salah satu cara tubuh memberitahu bahawa anda kekurangan protein!
Oleh itu kekurangan protein boleh menyebabkan:
  • Pertahanan tubuh yang lemah
  • Busung
  • Kegagalan hati



Walaubagaimana pun, protein tidak boleh berlebihan di dalam badan anda di mana ia boleh menyebabkan 
  • masalah ginjal
  • penyakit rematik, dan
  • pengasidan darah.
Selain dari pemakanan yang seimbang, anda juga boleh mendapatkan protein dari makanan tambahan seperti ESP (SILA KLIK) dan MEALSHAKES (SILA KLIK)...pastinya anda akan berpuashati dengan hasil yang diperolehi!

Boleh hubungi saya...0194554824

Tuesday, 17 February 2015

~ KEK KUKUS SIMPLE ~


Ok, lagi satu resipi simple hari ni, untuk ibu berkerjaya. Teringin nak makan kek tapi sentiasa terbantut untuk buat kek disebabkan bahan-bahan yang digunakan tidak ada stok di rumah.
Jangan risau, bahan-bahan untuk resipi hari ni, sentiasa ada di rumah kecuali Ovalette. Tak susah pun, beli sekali, boleh buat berkali-kali.
Camni la rupa Ovalette...

Kita tengok bahan-bahannya...saya ikut turutan ye...
  1. 5 biji telur
  2. 1/2 cawan gula
  3. 1 sudu teh esen vanila
  4. 1 sudu teh ovalette
  5. 1 cawan susu pekat
  6. 1 cawan minyak masak
  7. 2 cawan tepung gandum
  8. 1 sudu teh baking powder
Cara-caranya...
  1. Campur telur, gula, esen vanila dan ovalette. Blender sampai kembang memutih. Kemudian masukkan susu pekat, blender sekejap supaya sebati. Kemudian masukkan pula minyak masak dan blender lagi sampai sebati.
  2. Dalam bekas lain, masukkan baking powder ke dalam tepung gandum dan kacau sebati. Campuran yang telah di blend dicurahkan ke dalam campuran tepung gandum dan kacau kaupbalik menggunakan senduk sahaja.
  3. Untuk warna terpulang kepada kegemaran masing-masing samada di bahagi dua, tiga... dan dimasukkan pewarna. Saya titikkan pewarna dan lorekkan sahaja.
  4. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu marjerin dan siap untuk dikukus lebih kurang 50 minit.
  5. Hasilnya? Memang memuaskan untuk bahan-bahan yang simple dan masa yang terhad. Sekejap saja dah boleh kukus!
  6. Inilah hasilnya...

Nampak tak tekstur kek ni untuk bahan yang simple. Sedap dan lembut...pasti yang ramai gemarkannya disebabkan rasanya yang enak dan kurang manis!


Nota lutut: 
Kalau ada tepung naik sendiri, tak perlu guna tepung gandum dan baking powder. Lagi mudah kerja!

Nota kaki:
Sebelum mula blend, elok letak periuk kukus di atas api...sebab proses membuat kek ini sekejap sahaja.



Monday, 16 February 2015

~ ROTI JOHN ~

Ok, hari ni nak tunjuk satu lagi resipi mudah. Resepi untuk ibu bekerja. Pagi-pagi boleh masak dalam masa 15 minit, malam pun kalau lapar boleh terus masak...15 minit...siap!

Jom kita tengok dulu bahan-bahannya...

  1. Sebungkus daging kisar
  2. Sepeket serbuk kari daging
  3. Seulas bawang besar
  4. 2 ulas bawang putih
  5. Sedikit garam
  6. Roti John/ Roti Burger/ Roti Gardenia
  7. 4 biji telur


Ok, kita mulakan dengan intinya dulu. Biasanya inti ni saya akan buat malam. Sebab apa, pagi-pagi esok anak nak pergi sekolah boleh terus sarapan dengan Roti John.

Daging kisar dibasuh dahulu supaya bersih dan tidak berketul-ketul.
Rupa daging kisar yang telah dibasuh. Kemudian toskan.
Tak susahpun untuk masak inti ni. Kalau biasa buat gulai kari, sama je stepnya cuma tak campur dengan santan. Cara-caranya...

  1. Tumis bawang besar yang telah dipotong dadu. Kemudian masukkan bawang puting yang dicincang halus.
  2. Bila naik bau, masukkan serbuk kari yang telah dicampur air. Masak lagi sampai pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging yang telah ditos tadi. Kacau sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa. Kemudian tutup api.
  4. Siap dah inti ni, bila sejuk boleh masukkan dalam peti ais. Kenapa masukkan dalam peti ais? Sebab inti ni boleh diguna berulangkali dan tahan lama.


Cam biasa, bangun pagi esok memang mudah kerja memasak saya untuk sarapan anak ke sekolah. Buka peti ais, ambil inti tadi untuk mula memasak. Ambil kuali letak atas api sederhana. Sebelum tu, 2 bahan lagi mesti ada...roti dan telur.
Ok...kenapa perlu masa 15 minit je...sebab memang mudah sangat dan cepat masak roti john ni...
Cara-caranya...

  1. Pecahkan 4 biji telur. Pukul sikit je.. Ambil 4 sudu makan inti yang telah dimasak tadi dan campurkan ke dalam bancuhan telur. Sekiranya suka daging banyak, masukkan lebih inti. Tidak perlu masukkan garam kerana inti yang dimasak telah cukup masin. Nampak tak campuran telur dan inti daging...

2. Ambil roti dan belah dua...tak kiralah Roti John ke, Roti Burger ke...kemudian sapu bancuhan telur atas roti dan terus tekap ke kuali panas yang disapu sedikit marjerin. Kalo api kuat, sekejap je masak tapi kena kerap tengok takut hangit, kalau api perlahan pun tak ada masalah cuma lambat masak sikit. Tak perlu masak lama sebab daging dah pun masak...Ok, siap!
3. Boleh letak sos dan mayonis atau apa saja sos yang digemari ataupun sayur-sayur yang digemari ...emmm...sedap!!! Lembut...
4. Yang ni saya guna Roti Burger. Rasa yang sama...sedap dan lembut. Makan pagi boleh, makan tengahari boleh, makan malam pun boleh...sebab intinya dah ada di dalam peti ais, cuma perlu campur telur dan terus masak. Mudahkan?

Nampak? Tu...ketulan daging yang sememangnya sedap bersama-sama campuran telur dengan roti yang lembut. Sedap!
Abaikan hiasan roti yang tidak cantik, tapi rasanya...fuh, berkali-kali ganda sedap dari Roti John di pasar malam dan seumpamanya...

Sunday, 15 February 2015

~ CHEESEKUT ~



Ha...nampak sedap tak? Sedapkan...tak susah pun. Cam biasa, entry saya akan mengetengahkan resepi-resipi simple, khas untuk orang bekerja. Tak perlu bahan-bahan yang banyak dan tak perlu mengambil masa untuk siapkan cheesekut ni!

Ok, kita tengok dulu bahan-bahannya...

  1. 1 paket biskut empat segi - saya guna biskut cap pingpong masi-masin, rangup-rangup gituw...
  2. 250 g cream cheese - saya guna jenama tartura, kira yang ni pun dah sedap dah...
  3. 1/2 tin susu pekat manis
  4. 1 kotak susu segar/ susu biasa/ 1 tin susu cair
  5. sedikit milo/ serbuk coklat
Simple kan...5 barang je...ok...cara-caranya amat mudah,
  1. Campurkan cream cheese tadi dengan susu pekat. Pukul dengan mixer sampai kembang. Lepas tu masukkan dalam 6 sudu besar susu tadi. Kalau nampak pekat boleh tambah lagi 1 atau 2 sudu. Pukul lagi sampai sebati. Ok, siap untuk krimnya...
  2. Loyang paling elok ialah loyang empat segi, bersesuaian dengan biskut yang kita gunakan. Celup biskut dalam lebihan susu (bukan rendam ye) dan terus susun dalam loyang.
  3. Kemudian, ambil krim yang dah diputar tadi sapu di atas biskut-biskut yang dah disusun. Ikut suka nak letak tebal atau nipis. Seeloknya letak nipis sebab bahagian paling atas baru kita letak krim yang tebal sedikit. Tabur dengan milo...kalau nak special lagi tabur pulak dengan nestum.

Ulang langkah-langkah di atas sampai habis biskut dan krim.


Bila dah habis masukkan dalam peti sejuk semalaman. Masukkan bahagian beku lagi sedap!


Lepas tu boleh dipotong...nampak? Sedapkan...tak susahpun dalam 20 minit siap satu dulang. Nak makan pagi buat malam, nak makan petang buat pagi...kan mudah...

Memang sedaplah...sekejap je satu dulang boleh habis di ngap.

Nota lutut: Kalau krim putar terlebih cair jangan risau...biskut tu tak perlu celup dah dalam susu...terus susun dan layerkan dengan krim yang terlebih cair tadi dan masukkan dalam peti ais bahagian beku...sedap!!!




Saturday, 7 February 2015

~ ZINC COMPLEX ~

(120 tablet)
Zink ialah mineral penting yang terkandung dalam setiap sel tubuh kita. Ia mengaktifkan tindakan hampir100 jenis enzim, iaitu bahan-bahan pencetus tindak balas biokimia dalam tubuh anda.
Menyokong dan Mengekalkan Kesihatan
Zink Complex Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Apakah fungsi Zinc dalam tubuh badan kita?

Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Zinc Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetobalismekan karbohidrat, lemak dan protein. 

Zinc juga perlu untuk proses pembentukan genetik iaitu pada DNA dan zinc turut mengaktifkan deria rasa dan lidah kita.
Jumlah Kandungn Zinc Yang Diperlukan Setiap Hari Mengikut Umur.

Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months
3 mg
Children 1–3 years
3 mg
Children 4–8 years
5 mg
Children 9–13 years
8 mg
Teens 14–18 years (boys)
11 mg
Teens 14–18 years (girls)
9 mg
Adults (men)
11 mg
Adults (women)
8 mg
Pregnant teens
12 mg
Pregnant women
11 mg
Breastfeeding teens
13 mg
Breastfeeding women
12 mg

Dari manakah sumber zinc boleh didapati?

Bagi individu yang mengamalkan diet yang seimbang, zinc yang diperlukan setiap hari adalah 4-14 mg sehari. Zinc boleh didapati daripada pengambilan makanan-makanan berikut:
  • Daging
  • Telur
  • Makanan laut seperti kerang dan ikan
  • Susu dan produk tenusu seperti keju
  • Organ dalaman seperti hati
  • Bijirin seperti gandum
  • Ragi
  • Roti
  • Kekacang


Apakah Keistimewaan Zinc Complex Shaklee? 

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semula jadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa  untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadminum dan plumbum dari tubuh.

Apalah Kebaikan Zinc Complex Shaklee.

Diabetes : Membantu menghasilkan pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zinc memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat: Mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan penyembuhan luka yang lambat. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.



Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

Mengandung: Zink adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia, termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.

Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.

Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut

 Menguatkan Tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

Rabun Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Siapakah yang perlu mengambil Zinc Complex Shaklee?
  1. Mereka yang inginkan pertumbuhan pesat. Zinc Shaklee sesuai diambil kanak-kanak berusia 13 tahun dan ke atas bagi membantu pertumbuhan tubuh mereka.
  2. Mereka yang menjalani pembedahan. Zinc dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat.
  3. Wanita yang baru melahirkan. Zinc dapat membantu proses pengecutan rahim disamping memberikan bantuan dalam menyegerakan proses penyembuhan luka dikawasan kelahiran samada kelahiran secara normal atau pembedahan.
  4. Lelaki dengan masalah kesuburanZinc bertindak melindungi sperma, meningkatkan bilangan sperma dan menjaga ciri-ciri fizikal sperma supaya tidak menjadi abnormal.
  5. Lelaki dengan masalah hormon testeroneZinc sangat penting dalam proses pembentukan hormon testerone dan memberi tenaga supaya sperma lebih aktif bergerak menuju ke ovum. Untuk kesan lebih hebat, dapatkan set kesuburan Shaklee
  6. Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut.Zinc mengaktifkan 20 jenis enzim yang dapat membantu regenerasi sel dan memelihara pertumbuhan rambut
  7. Vegetarian. Mereka yang tidak mendapat sumber zinc dari daging boleh mendapat kan dari kekacang dan bijirin namun kerapkali jumlah zinc yang diperlukan tidak dapat dipenuhi. Zinc Complex Shaklee boleh membantu memberikan zinc yang diperlukan untuk tubuh mereka.
  8. Mereka yang minum alkoholAlkohol mengurangkan jumlah zinc dalam badan dan menghalang fungsi penyerapan zinc.


Apakah kesan yang dialami jika anda kekurangan Zinc?

Walaupun anda mengambil zinc dalam kuantiti yang dicadangkan, namun hanya sekitar 10-40% sahaja yang dapat diserap ke dalam tubuh.

Ini kerana jumlah zinc yang diserap bergantung kepada sumber asalnya disebabkan adanya  serat yang mengikat zinc di bahagian usus sehingga tidak dapat diserap

Ini akan menyebabkan masalah kekurangan zinc.
Jika anda mengalami kekurangan zinc, antara yang boleh terjadi adalah:

  1. Pertumbuhan badan yang lambat.
  2. Tidak mempunyai selera untuk makan.
  3. Penyembuhan luka yan lambat.
  4. Kelesuan dan keletihan melampau.
  5. Tidak mampu merasa dengan baik (lidah).
  6. Tidak dapat melihat dengan baik dalam keadaan samar dan gelap.
  7. Turunnya kadar kesuburan bagi lelaki.
  8. Keguguran rambut.
  9. Terganggunya proses pembentukan sperma.
  10. Terganggunya fungsi organ testikular lelaki.


Nutrition Fact:

Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian).

Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.

Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual serta penuaan pra-matang. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel