Wednesday, 14 January 2015

~ KETAHANAN BADAN ~


BAGAIMANAKAH UNTUK MENGUATKAN SISTEM KETAHANAN BADAN ANDA?
Sistem ketahanan adalah komponen yang sangat kritikal pada tubuh manusia. Ia melindungi diri daripada serangan penceroboh seperti bakteria, kulat, virus dan menahan jangkitan penyakit berbahaya seperti kanser.
Ia juga berkesan dan mempunyai "daya ingatan" jangkitan-jangkitan sebelumnya dan bersedia menghadapinya pada masa depan.
Untuk memastikan ia berfungsi pada kadar optimum anda boleh merujuk kepada beberapa langkah berikut.
1. Makan Dengan Betul

  Jangan Makan Berlebihan
Makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. Justeru, ini akan mengurangkan daya ketahanan terhadap jangkitan.
Bagi yang mengalami obesiti, selain dari diet dan cara bersenam yang betul untuk menurunkan berat badan, produk Shaklee juga dapat membantu. Antaranya ialah:
  • CINCH: Perut akan rasa kenyang lebih lama dan bahagian susuk badan yang menyusut tidak akan mengelebeh kerana Cinch bertindak memejalkan otot-otot.
  • ESP: Juga membuatkan pengamalnya berasa kenyang serta mendapat bonus kulit yang cantik.
  • OMEGA: Membantu menyingkirkan lemak dari badan.
  • LECITHIN: Juga membantu menyingkirkan lemak dari badan.
  • ALFALFA: Untuk proses detoksifikasi/ nyahtoksin lemak-lemak yang disingkirkan oleh Omega dan Lecitin.
  • HERB-LAX: Untuk membersihkan usus melalui pembuangan air besar. Apabila perut bersih segala zat dan nutrien mudah diserap.
  • ZINK: Meningkatkan metabolisme lemak, protein dan karbohidrat.
·  Jenis Makanan Yang Dipilih


Jenis makanan yang dipilih juga tidak kurang pentingnya. Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti:-
  • Makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan brokoli. (Suplemen yang sesuai ialahVITAMIN C)
  • Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin. (Suplemen yang sesuai ialah VITAMIN E).
  • Bawang Putih. (Disyorkan GARLIC).
  • Makanan yang kaya dengan zink seperti kekacang, ayam belanda, ketam, tiram dan daging lembu. (Disyorkan Zink Shaklee).
  • Makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah-buahan dan sayuran. (Disyorkan Vitamin C).
  • Makanan yang kaya dengan karoten seperti lobak dan keladi. (Suplemen yang paling sesuai ialah CAROTOMAX)
2. Bersenam Selalu


Senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda. Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki 5 kali seminggu selama 12 hingga 15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding dengan kumpulan yang kurang bersenam.
Walaubagaimanapun, senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Malah, senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.
3. Dapatkan Tidur Yang Secukupnya


Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya. Kesan buruk terhadap fungsi sistem ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur.
Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur. Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, elakkan dari minuman berkafein (seperti kopi dan teh), tembakau dan arak.
Sekiranya anda mengalami masalah sukar tidur ataupun Insomnia produk Shaklee yang amat berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah OSTEMATRIX dan B COMPLEX.
4. Menguruskan Tekanan

Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung (Disyorkan CoQ 10 Shaklee), kanser dan pelbagai jenis penyakit lain.
Hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam dua cara, sama ada menghapuskan sel darah putih (yang melawan penyakit) atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit auto imun (auto-immune).
Oleh itu, luangkanlah masa untuk melepaskan stress beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari!
Sekiranya, bebanan kerja serta pelbagai masalah yang selalu dialami oleh anda setiap hari menyebabkan anda begitu stress, B complex adalah salah satu jalan penyelesaian yang terbaik dibandingkan dengan ubat penenang.
Walaubagaimana pun, ketahanan badan boleh meningkat dengan cara yang paling mudah bagi golongan yang berumur iaitu dengan mengamalkan VIVIX Shaklee dengan hanya 1 sudu teh sehari. Anda cuba, anda akan mengakui hasilnya!


019-4554824




Monday, 12 January 2015

~ BASIC H² ~

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

(473ml)
Setiap botol Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

HANYA SATU PENCUCI UNTUK RIBUAN KERJA RUMAH
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
GUNAKAN PADA SEBARANG PERMUKAAN YANG BOLEH DICUCI - DI DALAM ATAU DI LUAR RUMAH
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
CARA PENGGUNAAN UNTUK HASIL TERBAIK
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam

TAHUKAH ANDA?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

BASIC H² TIDAK MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN DI ATAS ATAUPUN YANG BERBAHAYA. KEUNIKKAN SHAKLEE IALAH:
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Sunday, 11 January 2015

~ B COMPLEX ~


Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik

(120 tablet)
Adakah anda mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh mengurangkan bekalan vitamin B anda. Oleh yang demikian, vitamin B perlu dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang.
Spektrum B Penuh dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.

  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
  • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM B COMPLEX SHAKLEE?

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.

~Vitamin B1 (Thiamin)
mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

~Vitamin B2 (Riboflovin)
mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

~Vitamin B3 (Niacin)
mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 

~Vitamin B5 (Asid panthothenic)
mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang

~Vitamin B6 (Pyridoxine)
penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya

~Vitamin B12 (Cobalamine)
meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

~Biotin
membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

~Asid Folik
kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 


APAKAH KELEBIHAN B COMPLEX SHAKLEE DIBANDINGKAN DENGAN JENAMA B COMPLEX YANG LAIN?

Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

Asid folik semulajadi biasa mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee. 

Vitamin B adalah vitamin larut air dan oleh kerana itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan. Air kencing akan berwarna kekuningan setelah mengambil vitamin B Complex. Sekiranya warna air kencing tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B Complex yang lengkap dan tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau air kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui air kencing.

Sesetengah individu akan merasa panas, haus, lesu, bagi mereka yang pertama kali mengambil Vitamin B Complex Shaklee. Ia adalah normal kerana memberi mesej bahawa tubuh sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut dan masalah ini akan selesai dengan meminum air yang banyak.

SIAPAKAH YANG AMAT MEMERLUKAN B COMPLEX?
  • Ibu yang menyusukan
  • Ibu yang hamil
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat 
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak
  • Mereka yang mengalami masalah migrain
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema
  • Mereka yang mengalami masalah rambut
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol

APAKAH MANFAAT UTAMA B COMPLEX?
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mengelakkan kecacatan janin.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Meredakan masalah senggugut
  • Meredakan alahan

APAKAH TANDA-TANDA KEKURANGAN VITAMIN B?
  • Mudah letih
  • Depresi
  • Murung
  • Mudah tersinggung
  • Kurang konsentrasi
  • Insomnia - Gangguan untuk tidur
  • Kurang selera makan
  • Hilang berat badan secara tidak sihat
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurang deria rasa)
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Lemah ingatan
  • Pembentukan abnormal sel
  • Anaemia
  • Masalah kulit

TAHUKAH ANDA?
Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplemen yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.
Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal.
KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex.
KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex.
KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati.
OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax (Sila Klik).
KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI).
KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan.
KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome.

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.
Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.
Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.


Begitu penting keperluan Vitamin B di dalam tubuh kita dan Vitamin B terbaik ialah Vitamin B Complex Shaklee yang tentunya semulajadi!
Anda inginkannya? Hubungi saya, 0194554824

~ GARLIC COMPLEX ~


(120 tablet)

Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih“biasa” – ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau dihancurkan.
Bawang putih telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah.*
Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih untuk kesihatan. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih (Allium sativum) digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan yang berasaskan bawang putih adalah sama. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagai nya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Komponen yang paling banyak dalam bawang putih adalah sulfur dan allicin yakni sumber utama untuk tindakan anti mikrobial (sebagai anti biotik).  

Sesetengah pakar bawang putih juga berpendapat bahawa allicin kunci memberi manfaat untuk kesihatan kardiovaskular dan juga antikanser yang mana melibatkan diallil sulfida, iaitu produk pecahan allicin.
APAKAH KEGUNAAN ALLICIN?
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Membantu dalam merawat jangkitan kulit
  • Membantu merawat asthma
Di samping itu, beberapa kajian telah dijalankan ke atas bawang putih seperti:
  • Meta-analisis: ujian ke atas 365 orang dewasa yang mengalami kolesterol tinggi, pengamalan satu setengah ulas bawang putih segar setiap hari menurunkan paras kolesterol sebanyak 12% (Warshafsky, et al, 1993).
  • Kajian klinikal: Ujian ke atas 261 pesakit dengan kolesterol tinggi, pengambilan bawang putih menurunkan serum kolesterol sebanyak 12% dan bermakna nilai trigliserida sebanyak 17% selepas 16 minggu. Dos harian adalah 800 mg tablet serbuk bawang putih (Mader, 1990.)
  • Kajian klinikal: Pengambilan 600 mg serbuk bawang putih dalam bentuk tablet sehari selama dua minggu mengurangkan risiko pengoksidaan lemak dalam darah 34% (Phelps & Harris, 1993).
  • Bawang putih juga bermanfaat dalam menurunkan kadar gula dalam darah.

APAKAH PERBEZAAN GARLIC SHAKLEE DIBANDINGKAN DENGAN JENAMA YANG LAIN?
  • Diperbuat daripada bawang putih jenis premium, bebas racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia, USA di waktu musim panas.
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba utk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua bawang putih yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)
  • Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau bawang putih.
  • Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba iaitu rosemary dan spearmint.
  •  2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak bawang putih tulen persamaan dengan 2 ulas bawang putih segar!
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif bawang putih.
  • dan meningkatkan keberkesanan bawang putih di dalam tubuh manusia. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

APAKAH MANFAAT UTAMA GARLIC SHAKLEE?
  1. Membantu sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser, gastrik dan ketidakhadaman. 
  2. Meningkatkan fungsi jantung yang baik dengan menurunkan kolesterol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan pembekuan darah, meningkatkan kolesterol HDL yang mana secara tidak langsung dapat menghalang strok dan penyakit koronari.
  3. Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkat kan sistem imun badan supaya boleh menghalang penyakit berjangkit seperti selsema serta penyakit yang berpunca dari kulat, kuman, virus dan yis candida.
  4. Membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan imun badan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitif, sinus, asthma, selsema dan hepatitis.
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Bawang putih dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Secara tidak langsung, apabila detoksifikasi berlaku, sel-sel darah dilindungi dari kemusnahan yang disebabkan oleh kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Bawang putih merupakan anti-oksidan kerana   mengandungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  8. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan   pergelangan kaki.
  9. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan dan sakit kerongkong.
  10. Bagi yang mempunyai Diabetes, bawang putih dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
  11. Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan yang ada pada:
·         Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
·         Perut memulas (stomach upset)
·         Cirit-birit (Diarrhea)
·         Bronkitis
·         Luka-luka (infected wounds)
·         Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada dan sistem      air kencing

TAHUKAH ANDA?
  • Supplement Garlic Shaklee merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.
  • Ia tidak toksik tapi boleh menyebabkan ketidakselesaan perut pada sesetengah individu. Oleh itu ia perlu diambil bersama makanan.
  • Ibu menyusu juga perlu berhati-hati di dalam pengambilan Garlic kerana kandungan bawang putih dalam susu ibu boleh menyebabkan bayi kembung perut.
Jadi, apa keputusan anda? Memilih antibiotik 100% semulajadi ataupun sebaliknya?
0194554824

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel