BAGAIMANAKAH UNTUK
MENGUATKAN SISTEM KETAHANAN BADAN ANDA?
Sistem ketahanan
adalah komponen yang sangat kritikal pada tubuh manusia. Ia melindungi diri
daripada serangan penceroboh seperti bakteria, kulat, virus dan menahan
jangkitan penyakit berbahaya seperti kanser.
Ia juga berkesan dan
mempunyai "daya ingatan" jangkitan-jangkitan sebelumnya dan bersedia
menghadapinya pada masa depan.
Untuk memastikan ia
berfungsi pada kadar optimum anda boleh merujuk kepada beberapa langkah
berikut.
Jangan
Makan Berlebihan
Makan berlebihan boleh
menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Obesiti
menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. Justeru, ini
akan mengurangkan daya ketahanan terhadap jangkitan.
Bagi yang mengalami obesiti,
selain dari diet dan cara bersenam yang betul untuk menurunkan berat badan,
produk Shaklee juga dapat membantu. Antaranya ialah:
- CINCH: Perut akan rasa kenyang lebih lama dan bahagian susuk badan yang menyusut tidak akan mengelebeh kerana Cinch bertindak memejalkan otot-otot.
- ESP: Juga membuatkan pengamalnya berasa kenyang serta mendapat bonus kulit yang cantik.
- OMEGA: Membantu menyingkirkan lemak dari badan.
- LECITHIN: Juga membantu menyingkirkan lemak dari badan.
- ALFALFA: Untuk proses detoksifikasi/ nyahtoksin lemak-lemak yang disingkirkan oleh Omega dan Lecitin.
- HERB-LAX: Untuk membersihkan usus melalui pembuangan air besar. Apabila perut bersih segala zat dan nutrien mudah diserap.
- ZINK: Meningkatkan metabolisme lemak, protein dan karbohidrat.
Jenis makanan yang
dipilih juga tidak kurang pentingnya. Terdapat beberapa jenis nutrien dan
makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti:-
- Makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan brokoli. (Suplemen yang sesuai ialahVITAMIN C)
- Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin. (Suplemen yang sesuai ialah VITAMIN E).
- Bawang Putih. (Disyorkan GARLIC).
- Makanan yang kaya dengan zink seperti kekacang, ayam belanda, ketam, tiram dan daging lembu. (Disyorkan Zink Shaklee).
- Makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah-buahan dan sayuran. (Disyorkan Vitamin C).
- Makanan yang kaya dengan karoten seperti lobak dan keladi. (Suplemen yang paling sesuai ialah CAROTOMAX)
Senaman yang kerap dan
konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda. Wanita yang
meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki 5 kali seminggu selama
12 hingga 15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding
dengan kumpulan yang kurang bersenam.
Walaubagaimanapun,
senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Malah, senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.
Tidur yang cukup dapat
merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai
kesan yang sebaliknya. Kesan buruk terhadap fungsi sistem ketahanan badan yang
ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur.
Orang dewasa secara puratanya
memerlukan 7-8 jam masa tidur. Untuk memastikan anda mendapat tidur yang
berkualiti, elakkan dari minuman berkafein (seperti kopi dan teh), tembakau dan
arak.
Sekiranya anda
mengalami masalah sukar tidur ataupun Insomnia produk Shaklee yang amat berkesan
untuk mengatasi masalah ini ialah OSTEMATRIX dan B COMPLEX.
Hormon-hormon yang
dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit
jantung (Disyorkan CoQ 10 Shaklee), kanser dan pelbagai jenis penyakit lain.
Hormon tekanan ini
boleh berfungsi dalam dua cara, sama ada menghapuskan sel darah putih (yang
melawan penyakit) atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh
meningkatkan risiko menghidap penyakit auto imun (auto-immune).
Oleh itu, luangkanlah
masa untuk melepaskan stress beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton
wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari!
Sekiranya, bebanan
kerja serta pelbagai masalah yang selalu dialami oleh anda setiap hari menyebabkan
anda begitu stress, B complex adalah salah satu jalan penyelesaian yang terbaik
dibandingkan dengan ubat penenang.
Walaubagaimana pun,
ketahanan badan boleh meningkat dengan cara yang paling mudah bagi golongan
yang berumur iaitu dengan mengamalkan VIVIX Shaklee dengan hanya 1 sudu teh sehari. Anda cuba, anda akan mengakui hasilnya!019-4554824
No comments:
Post a Comment