(90 kaplet)
Shaklee DTX™ Complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok.
- Digunakan secara tradisional sebagai tonik hati*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
KENAPA DTX COMPLEX DI GELAR TONIK HATI?
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan
memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan
detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan
untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang
terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan
aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan
merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
APA KEPENTINGAN DETOKSIFIKASI/ NYAHTOKSIN?
1. Detox adalah
proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat
di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas
dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap
optimum.
2. Sisa-sisa makanan
akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin.
Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan
dua organ utama iaitu hati dan usus.
3. Toksin
berlebihan akan mempengaruhi emosi.
4. Detoks dapat
menyingkirkan bakteria tidak baik dan yis di dalam usus yang hidup dengan
makanan lama yang termendak.
5. Fungsi tubuh menjadi
lebih efisien kerana dapat menumpukan pada tugas asal selain memerangi toksin.
6. Membantu mengurangkan
berat badan dan meningkatkan metabolisma.
Detoksifikasi fokus pada 2 organ
penting iaitu hati dan usus/kolon. Selalunya detox usus
dilakukan terlebih dahulu sebelum detox hati.
Cara
paling mudah untuk melancarkan proses detox adalah dengan banyakkan
minum air masak dan banyakkan
makan buah-buahan dan sayuran hijau.
Untuk cara yang lebih mudah, produk Shaklee menjadi pilihan kerana ianya juga semulajadi! Disyorkan HERBLAX (SILA KLIK) yang berfungsi untuk membantu dalam proses detoksifikasi usus dan DTX Complex bagi penjagaan hati.
APAKAH KANDUNGAN UTAMA DTX COMPLEX SEBAGAI TONIK HATI?
·
Biji ‘milk thistle’
- Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi.
- Merupakan bahan utama dalam DTX.
- Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida.
·
Biji schizandra chinensis
- Menghalang toksin dari berada di dalam badan.
- Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
- Mengandungi antioksida.
·
Cendawan Reishi
- digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida.
·
Dandelion
- Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi.
- Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal.
·
Kunyit
- Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu.
·
Ekstrak artichoke
- Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal.
APAKAH FUNGSI HATI?
1.
Rembesan Hempedu
- Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
- Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak, di mana ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule).
- Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium.
- Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A.
2.
Bertindak sebagai Detoksifikasi
- Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
- Hati mengawal metabolisme protein.
- Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolisme, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.
- Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
- Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.
3.
Mengawal Paras Gula dalam Darah
- Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif.
- Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.
- Hati mewujudkan GTF (Faktor Toleransi Glukosa) dari Kromium dan Glutation.
- GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.
- Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai Glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.
- Hati juga memecahkan hormon seperti Estrogen Adrenalin dan Insulin.
4.
Penting untuk metabolisme Lemak
- Penting dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, Lipoprotein, dan Phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
- Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
- Bagaimana untuk kita menjaga kesihatan hati? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee yang bertindak sebagai tonik hati.
BAGAIMANA DTX COMPLEX BERFUNGSI SEBAGAI TONIK HATI?
- melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
- merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
- mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol.
- membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
- membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.
- Membina semula sel-sel hati.
- meransang pengaliran hempedu.
- merawat sindrom keletihan yang kronik.
- meransang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin.
BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI SEKIRANYA ANDA MENGALAMI MASALAH HATI?
Selain masalah hati dapat dikesan menggunakan teknologi terkini, masalah hati juga dapat dilihat melalui fizikal seseorang. Diantaranya ialah:
1. Lingkaran gelap pada mata
Lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerosakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahawa lingkaran hitam di sekitar mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah satu tanda bahawa seseorang mengidap penyakit hati.
2. Mata berwarna kuning
Mata yang berwarna putih akan berubah menjadi
kuning. Ini merupakan tanda agar kita harus segera melakukan pemeriksaan
perubatan.
3. Perut menjadi buncit
Perut yang membesar tetapi tidak mencerna
banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Sebabnya perut yang
membengkak akibat adanya infeksi dan kerosakan di hati.
4. Bau mulut yang menyengat
Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai
salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini berkait dengan faktor kelebihan
ammonia yang dihasilkan dalam tubuh.
TAHUKAH ANDA APA ITU HEPATITIS B?
Hepatitis bermaksud
bengkak (radang) pada hati. Hepatitis terbahagi kepada beberapa jenis.
Hepatitis B disebabkan
oleh jangkitan virus. Ia dijangkitkan daripada seorang individu kepada individu
lain melalui cairan badan seperti darah, air liur, air mani atau rembesan
faraj.
Sistem imun atau daya
ketahanan badan seseorang itu sendiri boleh melindunginya daripada hepatitis B.
Sembilan-puluh peratus daripada orang dewasa yang sihat berupaya melawan
jangkitan hepatitis B dalam masa enam bulan, walaupun tanpa rawatan.
Namun begitu, kira-kira
lima peratus daripada mereka yang dijangkiti hepatitis B tidak dapat melawan
jangkitan dan terus membawa virus ini dalam badan
mereka. Keadaan ini dipanggil hepatitis kronik atau hepatitis
berterusan. Hepatitis kronik boleh merosakkan hati anda. Dalam sesetengah kes,
hepatitis kronik boleh menyebabkan penyakit hati (cirrhosis), malah
barah hati juga.
Bagaimanakah hepatitis B tersebar?- Jarum suntikan, sekiranya anda menyuntik dadah ke dalam badan.
- Melakukan hubungan seks dengan seseorang yang membawa virus ini.
- Darah yang tercemar di tempat kerja. Contohnya, jika anda bekerja dalam industri penjagaan kesihatan, kulit anda mungkin terluka akibat terkena jarum secara tidak sengaja.
- Jarum yang tercemar yang digunakan untuk mencacah tatu atau menindik.
- Menjalani pemindahan darah (walau bagaimanapun, kes sebegini sangat jarang berlaku di Malaysia kerana semua bekalan darah kini disaring bagi hepatitis B).
- Menjalani pemindahan darah di negara-negara di mana kes hepatitis B banyak berlaku.
Menjalani ujian ialah
cara terbaik untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti virus ini ataupun
tidak. Hepatitis B biasanya tidak mempunyai simptom, dan jika ada pun ia tidak
begitu ketara. Doktor anda perlu tahu jika anda menghidap hepatitis B supaya
rawatan yang diperlukan dapat dijalankan.
Simptom-simptom
hepatitis B boleh datang dan pergi, dan ini termasuk:
·
simptom-simptom seolah-olah demam selesema seperti keletihan dan
sakit-sakit badan;
·
sakit perut, loya, muntah, cirit-birit;
·
hilang selera makan.
Jika anda menghidap
hepatitis B, anda mungkin mengalami jaundis iaitu kulit dan mata putih anda
menjadi kuning. Satu lagi simptom jaundis ialah air kencing yang berwarna gelap
dan najis yang pucat warnanya.
Oleh itu, amalkanlah cara hidup
sihat. Sayangilah HATI anda!Sekiranya anda mengalami masalah hati, DTX Complex adalah salah satu alternatif yang paling selamat! Boleh hubungi saya, 0194554824.
No comments:
Post a Comment